22 June 2009

Happy Father's Day

Posted by MummyDida at 2:30 PM 1 comments








Entry hari ni khas untuk daddy alya..
Selamat Hari Bapa, Syg...

We love u so much..muahhssss

17 June 2009

Mummy dida now is 34 weeks pregnant

Posted by MummyDida at 3:27 PM 2 comments
salam..

Hi..dah bersarang dah mummy nyer blog.lama giler tak update.
ni nak tunjuk gambar mummy yang dah nak msk 34 minggu..macam dah tak lama lagi dah..
takutttnya....


03 June 2009

puisi untuk puteri ku

Posted by MummyDida at 4:45 PM 0 comments

Anakanda Ku,

Ku hitung setiap waktu yang berdetik…
Ku belai syurgamu dengan penuh kasih sayang...
Tiap kali itulah Mummy bermimpi..
Tiap kali itu juga banyak persoalan...
Bermonolog...'Bagaimana ya rupamu Sayangku ?'
'Apa Warna kulit, rambut dan bebola matamu'
'Haeeii.... Entahkan puteri atau putera..'
Cuma yang pasti dan hakiki, Inilah Anak Mummy...

Aduh ! comel benar geseran itu...
Entah datangnya dari kaki, tangan ataupun... kepala..
'Nakalnya anak Shah ni'
'Manja perinya persis Daddynya...'

Mata dan jemari ini menyentuh jauh ke dasar sanubari...
'Comel baju anak Mummy'
'Cepat besar ya Sayang, nanti cepat keluar'
'Mummy tidak sabar tengok anak Mummy'

Ya Allah hanya padaMu tempat aku berserah, selamatkanlah anakku...

Pada 3hb September 2007 bersamaan hari Isnin jam 9.13 malam,
Satu sejarah indah mencorakkan hidup ini,
Puteri yang dinantikan lahir ke dunia..
Selepas bertarung sakitnya badan dengan nyawa...

Keajaiban tangisannya meluruhkan airmata bagi setiap daripada ahli keluarga...
Serasa sakit tadi tidak lagi bermakna...

Syukur Ya Allah, persisnya serupa seperti Daddynya,
Dan seadilnya Allah SWT melahirkan dia sebagai Puteri...
Sama seperti Mummynya..

Dan hari ini,
Dialah bulan, Dialah matahari penyeri hidup kami..
Itulah Dia.... NUR ALYA QUZANDREA

Semoga hidupmu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.... AMIN !
 

all about love Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez