28 January 2010

Sandwich sedap mummydida!!

Posted by MummyDida at 9:24 AM

salam..dan hai frens.

#disebabkan ada permintaan daripada kekawan pasal resipi sandwich tuna mummy..disini mummy buh letak resipi..cuba tau..jgn tak cuba..


Sandwich sedap mummydida!!

(pic :credit to mr.google)


Bahan-bahannya :

- Roti (gardenia)

-1 tin tuna pakai yg brand TC BOY (real mayonese)

-1 labu Bawang besar merah

-1 sudu mayonis ( dida selalu pakai ladychoice)

- cheese (kraft)

- butter (mother choice)

=masukan 1 tin tuna kedalam mangkuk..gaulkan dulu sebab kekadang tuna ketul2 lagi..lepas tu

=masukkan bawang yang telah dihiris.gaukan..dan masukkan mayonis..agak2 ye..jgn byk sgt mayonis..sebab tuna td pun dah ada mayonis..letak lah garam kalau nak bg rasa..sikit je tau..tak letak pun takpe..


=then..sapukan roti dgn butter..dan ratakan tuna yang telah digaulkan tadi..letakkan cheese di atasnya..

*lada sulah boleh ditaburkan sedikit..kalau ingin pedas-pedas sikit..

boleh juga diganti cili api..jgn byk sgt..takut rasa lari..huhuh


=boleh juga bubuh salad kalau nak..

=then tutupkan roti tadi dgn roti yang telah disapu butter..then potong...


taraaa........siap..ermm..boleh lah dimakan.


Nota : roti ,cheese dan butter boleh je pakai jenama lain.. dan lagi satu..

buatlah dgn penuh kasih syg.pasti lagi sedap..tu yang suami syg..awww...


0 comments:

 

all about love Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez